Followers

Monday, October 18, 2010

Sekadar Renungan

   Tiga orang anak duduk di sisi bapa mereka yang sedang nazak. Sewaktu menunggu detik berakhirnya nyawa si bapa, ketiga-tiga beradik itu berbincang tentang upacara pengebumian yang perlu di jalankan.
   Si abang yang sulung berkata, "Bapa kita ni kaya, kita perlu gunakan sepuluh kereta besar untuk majlis pengebumiannya. Dengan cara itu, kita boleh bawa saudara-mara dan kawan-kawan ayah untuk sama-sama mengiringi jenazahnya ke kubur."
   Adiknya tidak setuju. "Tak payah, kita sewa dua buah kereta saja, biar saudara-mara, jiran dan kawan-kawan ayah pergi ke kubur naik kereta masing-masing."
   Kedua-dua cadangan itu tidak dipersetujui oleh si anak yang bongsu. Kata lelaki itu," Apa kata kalau kita sewa sebuah station wagon saja untuk kita bertiga dan keranda ayah? Kan jimat sikit..." Mereka terus bertengkar, hinggalah si ayah yang tengah nazak itu bersuara,
   "Daaahhhh.....berhenti bertengkar. Ayah akan berjalan sendiri ke kubur."
~Aku cume ambik kat dalam buku~

Thursday, October 14, 2010

Aku budak Seni kah?

assalamualaikum wbt akhirnya dapat juga aku membuat blog sendiri. Insyaallah aku akan kongsikan yang berkaitan dengan diri aku. Fotografi, lukisan dan edit gambar atau design yang sangat2 aku minat, kehidupan seni biasa lah kan. Aku juga membuat seni reka cipta serta mengarang komik kartun dan aku sangat bersyukur sebab aku boleh duduk kelas Grafik Berkomputer, sebab itulah yang aku nak selama ni.  Sampai disini sajalah aku kongsikan dekat korang muahaha sebab malas nak cerita panjang2 ha3 . Wassalam